KELAS - LEARNING : APPS CAPCUT - SHORT VIDEO “DIRI SAYA”
Aktiviti terkini | 9 Februari 2024Tempat Aktiviti:
NADI Sg Nibong
Nama VIP :
Tiada
Ringkasan Aktiviti :
• Program bulanan ini dianjurkan khusus buat pelajar-pelajar kelas ICT PEDi Sg Nibong.
• Seramai 4 orang peserta telah menyertai program ini.
• Program ini dianjurkan bagi memberi peluang kepada adik-adik untuk menghasilkan video menarik tentang biodata diri.
• Pembelajaran ICT ini dapat memberi ilmu baru serta mampu menarik minat para peserta untuk lebih menjalankan aktiviti yang bermanfaat.
Tujuan :
• Tujuan utama program ini adalah untuk menambah kemahiran dalam menggunakan aplikasi Capcut.
• Melalui aplikasi Capcut, para pelajar dapat menjalankan tugasan dengan menggunakan tablet yang disediakan oleh PEDi Sg Nibong.
Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Kelas bermula pada jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.
• Kelas ICT ini dijalankan setiap bulan pada setiap hujung minggu di PEDi Sg Nibong.
• Kelas ini dijalankan dengan penglibatan staf yang berpengalaman dalam kemahiran ICT.
Kelebihan Aktiviti :
• Memupuk semangat pentingnya ilmu pengetahuan di zaman teknologi moden kini.
• Melahirkan pelajar yang mempunyai kemahiran kendiri yang baik.
• Melahirkan pelajar yang berdaya saing dalam Pelajaran ICT.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :