INFORMASI TEMPATAN
Pengenalan
Kampung Sungai Nibong memperoleh nama dari pokok nibong yang banyak terdapat di kawasan kampung ketika mula diteroka. Selain terdapat beberapa sungai yang menjadi jalan pengangkutan ketika itu, kampung ini telah dinamakan sebagai Sungai Nibong bersempena dengan populasi pokok nibong yang merata di kawasan ini serta terdapatnya beberapa sungai yang menjadi laluan pengangkutan pada ketika itu.
Kampung Sungai Nibong ialah sebuah kampung berskala sederhana luas terletak di Semerah , Batu Pahat. Kampung ini dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu Sungai Nibong Darat, Sungai Nibong Tengah dan Sungai Nibong Laut. Uniknya tentang kampung ini ialah Sungai Nibong Darat termasuk dalam kawasan pekan Parit Sulong manakala Sungai Nibong Tengah dan Laut berada di dalam kawasan pekan Semerah.
Kampung Sungai Nibong mempunyai kapasiti penduduk seramai 2260 orang yang menjalankan pelbagai aktiviti ekonomi. Kebanyakan penduduk melakukan aktiviti pertanian seperti penanaman kelapa sawit, getah, kelapa dan nanas. Tidak kurangnya dengan aktiviti industri kecil dan sederhana (IKS) seperti pengkomersialan mas cotek, kek kukus, tempe, bahulu dan mee siput. Terdapat jugak penduduk kampung yang berkhidmat sebagai kakitangan kerajaan seperti guru dan juruteknik selain pekerja swasta.
Dataran Penggaram Batu Pahat
Tugu yang menjadi lambang Batu Pahat ini berdiri dengan megahnya di Dataran Penggaram. Tugu ini memiliki rekaan yang cukup unik untuk menggambarkan nama ‘Batu Pahat’ itu sendiri dengan tangan yang tergantung sambil memegang pahat. Untuk pengetahuan, nama Batu Pahat dipilih untuk dijadikan nama daerah oleh kerana peristiwa bersejarah yang dikatakan berlaku pada sekitar tahun 1456, waktu di mana tentera Siam telah datang menyerang kampung Minyak Beku yang merupakan lokasi batu yang dipahat untuk mendapatkan bekalan air bersih.

Hutan Lipur Bukit Soga Perdana
Hanyalah 3 km dari Bandar Batu Pahat, Hutan Lipur Bukit Soga Perdana adalah hutan simpan yang memiliki taman rekreasi yang lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti trek jogging, tandas dan pondok rehat. Di dalam hutan simpan yang berketinggian 600 kaki ini juga terdapat sebuah menara pemerhatian yang terletak sekitar 785 meter dari titik awal perjalanan. Pemandangan dari menara ini sungguh indah, dapat dilihat di sini adalah keindahan flora menghijau dari hutan dan juga bandar Baru Pahat.

Galeri Dato’ Onn
Bangunan Galeri Dato’ Onn Batu Pahat yang telah dibina pada tahun 1938 ini terletak di dalam sebuah kawasan padang golf. Sebelum dijadikan galeri, bangunan yang berkeluasan 4487.50 kaki persegi ini merupakan rumah kerajaan yang didiami oleh Dato’ Onn dari tahun 1945 hingga 1947 sewaktu beliau memegang jawatan sebagai Pegawai Daerah Batu Pahat. Pemimpin yang berjiwa rakyat ini pernah memegang banyak lagi jawatan lain di dalam kerajaan yang termasuklah Menteri Besar Johor yang ke-7.
Ingin mengikuti kisah hidup pemimpin yang banyak menyumbang kepada kemerdekaan negara ini? Jadikanlah Galeri Dato’ Onn Batu Pahat sebagai salah satu destinasi lawatan anda sekeluarga di Batu Pahat nanti.Terdapat banyak foto berkaitan Almarhum yang menceritakan peristiwa-peristiwa penting yang pernah berlaku di dalam hidupnya. Di samping itu, galeri ini turut mempamerkan banyak barangan lain yang wujud pada zaman Dato’ Onn seperti basikal tua, senjata, tembikar, barangan perhiasan dan lain-lain lagi.

Tempat Makan Menarik
Aktiviti BP Walk (Batu Pahat Walk) merupakan tempat yang menarik di Batu Pahat di Jalan Rahmat. Bagi anda yang ‘burung hantu’ ataupun tercari-cari tempat makan pada waktu malam, di sinilah salah satu lokasi yang boleh disinggahi. Ada pelbagai menu dan hidangan yang boleh anda nikmati.
Mee Racun
Mee Racun Tulang memang sentiasa menjadi tempat pengunjung-pengunjung yang lapar. Kedai makan Batu Pahat ini selalu ramai orang sampai kena beratur panjang terutama sekali ketika hari cuti
Kuah mee racun tulang ni memang sedap .Tidak dilupakan juga daging pada tulang yang lembut dan mudah dikunyah. Jangan ingat daging tu sahaja boleh dimakan, anda juga boleh sedut sum-sum tulang tersebut ya. Penggemar-penggemar sum-sum tulang mesti akan suka tempat ini. Harga juga berpatutan dan saiz makanan juga agak besar.
Mee Racun
Nasi Beryani memang sedap walupun menunya ringkas sahaja. Tempat makan menarik di Batu Pahat ini memang digemari penduduk sekitarnya kerana rasa makanan mereka serta harga mereka yang berpatutuan. Anda yang datang tu boleh memilih pelbagai set nasi beryani yang disediakan bersama satu pilihan lauk (ayam masak merah, lembu kambing dan daging), kari, sayur dan papadom. Mereka juga ada set keluarga dan set dulang yang sesuai untuk dimakan beramai-ramai.
Balai Polis Semerah![]() |
Masjid Seri Utama Kg Sg Nibong![]() |
Klinik Kesihatan Semerah Batu Pahat![]() |
Sekolah Kebangsaan Seri Utama atau nama ringkasnya SK Seri Utama, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Kampong Sungai Nibong Semerah.
Kesedaran dan keinsafan penduduk Kampong Sungai Nibong betapa pentingnya pendidikan yang sempurna terhadap anak-anak supaya tidak ketinggalan di dalam arus pembangunan negara merupakan agenda utama dalam usaha mewujudkan sebuah sekolah.
Pada tahun 1928 terbinalah sebuah sekolah yag diimpikan hasil kerjasama dan rasa tanggungjawab penduduk dan dinamakan Sekolah Melayu Sungai Nibong. Sekolah ini diterajui oleh Guru Besar Encik Muhammad bin Tahir sehingga tahun 1934. Tiga tokoh utama yang merupakan NADI penggerak atas kejayaan ini ialah Ketua Kampong Sungai Nibong iaitu Tuan Hj Hassan b Taibi, Ketua Kampong Semerah iaitu Tuan Hj Surat dan Ketua Kampong Lubok iaitu Tuan Hj Nawawi.
Bahan-bahan untuk mendirikan sekolah telah didermakan oleh penduduk 3 buah kampong tersebut dan bahan-bahan berupa kayu-kayu dari pokok kayu hutan sekitarnya. Bangunan sekolah siap dibina dengan beratapkan nipah, berlantaikan papan yang hanya cukup untuk 3 bilik darjah sahaja. Pada sekitar tahun 1930 hingga 1932 sekolah ini terpaksa ditutup kerana kekurangan murid. Pada tahun 1933 Sekolah Melayu Sungai Nibong beroperasi semula dan muridnya bertambah ramai sehingga mencecah 80 orang. Guru yang bertugas disekolah yang serba kekurangan ini ialah seramai 3 orang guru dan diketuai oleh Cikgu Adam bin Husin sebagai Guru Besar pada tahun 1935 sehingga 1937. Gaji guru-guru tersebut dibayar oleh penduduk kampung.
Selepas zaman pemerintahan Jepun pada tahun 1946 Sekolah Melayu Sungai Nibong beroperasi seperti biasa dan enrolmen murid bertambah ramai hingga mencecah 100 orang. Bilik-bilik darjah perlu ditambah bagi menampung murid yang ada. Sekali lagi penduduk kampong telah bergotong royong menyambung bangunan yang sedia ada dengan menggunakan bahan –bahan tempatan hasil sumbangan derma orang ramai.

Meminati muzik dan seni. Itu lah gambaran perasaan yang berada dijiwa seorang anak muda, Encik Muhammad Syafiq Bin Selamat. Menyedari kekurangan ICT di dalam dirinya, EnciK Muhammad Syafiq telah mendaftar sebagai ahli di Pusat Internet Sg Nibong pada tahun 2017 dan mula menyertai kelas ICT yang diadakan. Di situlah beliau mempelajari semua modul pembelajaran yang disediakan, iaitu asas komputer, pengenalan internet, mendaftar akaun e-mel dan aplikasi elektronik seperti e-Kerajaan, e-Dagang dan e-Pembelajaran. Selain itu, beliau juga turut diajar penggunaan aplikasi Desktop Publishing.
Setelah mengikuti beberapa bengkel dan program kesedaran ICT selama tiga bulan, beliau kini yakin untuk memjalankan segala urusan kerja hanya dirumah sahaja. Penggunaan internet banyak membantu beliau dalam memudahkan urusan seharian, di samping menjimatkan kos, masa dan tenaga.
Kini, Encik Muhammad Syafiq boleh dikategorikan sebagai Usahawan Muda Kg Sg Nibong yang berjaya dan dikenali disekitar Batu Pahat.
Link YouTube: https://www.youtube.com/watch?v=aymiZfM7fx4&t=41s
Page Fb: https: //web.facebook.com/akustikariabuskers/
Nama Pemilik: Ismail Bin Dahlan
Jenis Perniagaan: Herba
Produk: Teh Mascotek, Kopi Mascotek, Minyak Panas Mascotek, Minyak Kelapa Dara, Air Minuman Roselle
Tarikh Mula Perniagaan: 3 Oktober 2003
Alamat Premis: Pos 125 Kampung Sungai Nibong, 83600 Semerah, Batu Pahat, Johor.
No. Telefon: 0137515034
Nama Pemilik: Tukiman Bin Watim
Jenis Perniagaan: Makanan
Produk: Mee Siput
Tarikh Mula Perniagaan: 2005
Alamat Premis: Pos 124 Kampung Sungai Nibong, 83600 Semerah, Batu Pahat, Johor.
No. Telefon: 0127687800
Jenis Perniagaan: Makanan
Produk: Kuih Bangkit Dan Tempe
Tarikh Mula Perniagaan: 2013
Alamat Premis: Pos 194 Kampung Sungai Nibong, 83600 Semerah, Batu Pahat, Johor.
No. Telefon: -Tiada-


