PROGRAM KEUSAHAWANAN PEDI X GIATMARA MUAR : SHOPEE & TIKTOK SHOP

Aktiviti terkini | 30 Januari 2024

Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Sg Nibong

Nama VIP :
Tiada

Ringkasan Aktiviti :
• Program ini dianjurkan khusus buat pelajar-pelajar Giatmara Muar.
• Seramai 20 orang peserta telah menyertai program ini.
• Program ini dianjurkan bagi memberi peluang kepada adik-adik untuk dapat menjalankan perniagaan secara dalam talian dalam aplikasi Tiktok dan Shopee
• Pembelajaran ICT ini dapat memberi ilmu baru serta mampu menarik minat para peserta untuk lebih menjalankan aktiviti yang bermanfaat.

Tujuan :
• Tujuan utama program ini adalah untuk menambah kemahiran dalam menggunakan aplikasi Tiktok dan Shopee
• Melalui aplikasi ini, para pelajar dapat menjalankan tugasan dengan menggunakan komputer dan tablet yang disediakan oleh PEDi Sg Nibong

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Program bermula pada jam 10.00 pagi hingga 4.00 petang
• Program ini dijalankan atas kerjasama Giatmara Muar dan Rakan Digital dari PEDi Taman Rengit Indah, PEDi Kg Haji Ghaffar dan PEDi Sg Nibong
• Program ini dijalankan dengan penglibatan staf yang berpengalaman dalam kemahiran ICT.

Kelebihan Aktiviti :
• Memupuk semangat pentingnya ilmu pengetahuan di zaman teknologi moden kini.
• Melahirkan pelajar yang mempunyai kemahiran kendiri yang baik.
• Melahirkan pelajar yang berdaya saing dalam Pelajaran ICT.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :