Mengenai NADI

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

NADI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap NADI menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan NADI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif NADI



Sejarah

Kampung Sungai Nibong memperoleh nama dari pokok nibong yang banyak terdapat di kawasan kampung ketika mula diteroka. Selain terdapat beberapa sungai yang menjadi jalan pengangkutan ketika itu, kampung ini telah dinamakan sebagai Sungai Nibong bersempena dengan populasi pokok nibong yang merata di kawasan ini serta terdapatnya beberapa sungai yang menjadi laluan pengangkutan pada ketika itu.

Kampung Sungai Nibong ialah sebuah kampung berskala sederhana luas terletak di Semerah , Batu Pahat. Kampung ini dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu Sungai Nibong Darat, Sungai Nibong Tengah dan Sungai Nibong Laut. Uniknya tentang kampung ini ialah Sungai Nibong Darat termasuk dalam kawasan pekan Parit Sulong manakala Sungai Nibong Tengah dan Laut berada di dalam kawasan pekan Semerah.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2024


KELAS ICT : KLIK DENGAN BIJAK (KUIZ)

Aktiviti Terkini | 22 April 2024

Bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar tentang kempen KDB (Klik Dengaan Bijak) yang diterapkan oleh kerajaan. ....................baca selanjutnya

KELAS ICT : POWER POINT “RAMADAN DAN SYAWAL”

Aktiviti Terkini | 22 Mac 2024

Bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar tentang penggunaan MS Powerpoint dengan betul ....................baca selanjutnya

KELAS ICT : SOFT SKILLS PRESENTATION TO BUILD CONFIDENT– AZAM 2024

Aktiviti Terkini | 23 & 24 Februari 2024

Tujuan utama program ini adalah untuk melahirkan keyakinan dan keberanian dalam bercakap di hadapan umum. ..................baca selanjutnya

KELAS ICT : MICROSOFT POWERPOINT – AZAM 2024

Aktiviti Terkini | 17 Februari 2024

Tujuan utama program ini adalah untuk menghasilkan pelbagai warna bagi teks dan fon perkataan. . . .................baca selanjutnya

KELAS -LEARNING : APPS CAPCUT - SHORT VIDEO “DIRI SAYA”

Aktiviti Terkini | 9 Februari 2024

Tujuan utama program ini adalah untuk menambah kemahiran dalam menggunakan aplikasi Capcut.. . .................baca selanjutnya

KELAS MEMASAK DAN KRAFTANGAN BERSAMA KOMUNITI ANJURAN RISDA

Aktiviti Terkini | 8 Februari 2024

Tujuan utama program ini adalah untuk menambah kemahiran dalam masakan serta mempelajari ilmu baru kraftangan.. . .................baca selanjutnya

KELAS STEM-IOT : SMILEY BUTTON & DICE

Aktiviti Terkini | 2 & 3 Februari 2024

Tujuan utama program ini adalah untuk menambah kemahiran dalam menggunakan laman web Microbit. . . .................baca selanjutnya

PROGRAM KEUSAHAWANAN PEDI X GIATMARA MUAR : SHOPEE & TIKTOK SHOP

Aktiviti Terkini | 30 Januari 2024

Tujuan utama program ini adalah untuk menambah kemahiran dalam menggunakan aplikasi Tiktok dan Shopee..................baca selanjutnya

KLIK DENGAN BIJAK BERSAMA GIATMARA MUAR

Aktiviti Terkini | 30 Januari 2024

Tujuan utama program ini adalah memberi perkongsian tentang klik dan bijak. . .................baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti